Flybaits merupakan kumpulan penyanyi dan pemuzik serba boleh yang berasal dari Singapura. Kumpulan yang mula mencipta nama dengan lagu Kenangan Lalu ciptaan M. Nasir ini diketuai oleh Gerry Lachica selaku pengasas dan pemain papan nada Flybaits. Kumpulan ini juga mempunyai tiga penyanyi utama iaitu Fredo, Atan dan Horace. Lagu "Kasih Berubah" nyanyian mereka adalah lagu popular di Malaysia, malah menjuarai Carta Lagu Popular Minggu Ini (LPMI) pada tahun 1980, dan kemudian versi nafas baharu oleh penyanyi Singapura Ferhad pada tahun 2000 juga berjaya menjuarai Carta Era.
0 Comments