Malam Bulan Dipagar Bintang - P. Ramlee


Filem-filem lagenda arwah Tan Sri P Ramlee sememangnya tidak pernah lapuk dek zaman. Karya seniman agung itu tidak pernah gagal menghiburkan hati orang Melayu walaupun telah banyak kali diulang tonton.

Antara sebabnya adalah kerana kenakkan lagu-lagu ikonik yang sentiasa bermain di kepala, serta petikan kata kata dari skrip yang tidak dapat dilupakan, selain jalan cerita yang unik.