Sebuah lagu yang ditujukan khas buat Aizat dan famili serta tetamu yang hadir. Kita sedia maklum bahawa, Siti Nurhaliza dan Aizat membawa bendera yang sama, negeri Pahang. Memang ramai anak seni berasal dari negeri Pahang yang telah mengharumkan nama Malaysia termasuk Allahyarham Sudirman dan juga Siti Nurhaliza. Dan Aizat mungkin antara golongan pelapis muda untuk generasi masa kini yang bakal mengorak langkah yang sama dengan mereka yang terdahulu